Kami Pi Beraya Ramai2!!! Serbu!!!!

Pada hari raya ke yang lalu, semua sahabat2 berkumpul di rumah Firdaus Mat Pai iaitu salah seorang sahabat kita yang paling hensem.

Rumahnya terletak di kampung Lepai. Sebab itulah namanya di"laqab"kan menjadi Mat Pai. Dizaman sekolah dulu, kadangkala Azmul Mukmin Bin Dr Azmi sering memanggilnya "Pai J Kuasa 2" untuk bermanja dengan Mat Pai.. Geli? Ha.. Jangan Muntah sudah.
Itulah hakikatnya...


Kita bukan nak dengar cerita pai dan azmul ni.... Kita nak cerita tentang program kita berhari raya bersama kawan2 hari tu.

Pada mulanya semua pergi serbu rumah Ustaz Mahmud Zaim bin Musa. Di taman yang diberi nama... Tak ingat... ha...Ok. tak penting semua tu...

OK. Sapa tak kenal Ustaz Mahmud?? Angkat Tangan...? ha... siap hang... memang nak kena luku. ustaz nilah ustaz ter"famous" di SMKAK dulu. Ustaz Mahmud Menjemput semua anak muridnya ke OPEN HOUSE di rumahnya hari tu. Rumahnya cantik...:)



Sesampainya kami di sana... Pergghhhh..... Ramai betul. Ini betul Betul. Bukan Cobaan ni.,, Memang berenut budak2 SMKAK... Dari yang dah ada kerja...Hinggalah yang masih bersekolah di SMKAK.....Memang ramai Sungguh sampai Full Padat rumah PakMUD. kami semua kena tunggu giliran untuk makan dan berjumpa dengan Ustaz yang kami sayang ini... Semua terpaksalah berdiri lama diluar... haha...sampai ramai yang mengeluh kakinya lenguh kerana lama berdiri. maklumlah..



Akhirnya kami berjaya membolos ke dalam rumahnya.... dan makan selahap2nya.... hihii... Tak la.. Makan sopan la...Buat akhlak baik2 la.... Majoritinya menunjukkan "kesiqahan" masing2 didepan ustaz mahmud.. Walaupun mereka kaki Fly dan Wooff.. Tapi semua nampak siqah hari tu... hehehe... Depa ingat Pakmud lupa perangai lama mereka.... hahahahahahaha....



Antara jamuan Yang dihidangkan adalah Bihun Sup.. Semua rakan2 makan dengan banyaknya.. Kerana sekali sekala datang mesti nak balun kan...? Di saat itu kelihatan henau, Amin, Zhafri dan kawan2 yang lain amat gembira menjamu Aiskrim yang dihidangkan. Disitu kami nampak seperti kanak2 dan kebudak-budakkan walaupun hakikatya.. semuanya nampak kebapakbudakkan. hi... :)

Semua gembira dapat bersama Ustaz mahmud. Inilah antara Ustaz yang terbaik pernah kami jumpa. Beliau masih kenal nama kami.. itulah yang membanggakan.Semua mengambil kesempatan mencuim tangan dan bersalaman dengan ustaz.. Dengan Niat segala kesalahan kesilapan dan salah cakap mereka selama ni terampun. hehehe... Semua ada dosa!!!!



Yang PastI ustaz Mahmud amat mengharapkan semua anak didiknya sedar bahawa kitalah pejuang2 muda yang bakal membawa kembali kegemilangan Islam di Dunia Ini. Selepas kami beraya semua pergi kemasjid Albukhari untuk solat asar berjemaah disana. Akhir Kalam.............................................................................................................................Assalamualaikum




Tuesday, October 28, 2008

Program Ifthor Perdana Di Old Town Resort : Jalan Datuk Kumbar




Pada 29 ramadhan telah diadakan satu majilis iaitu dinamakan sebagai majlis ifthor perdana. Program ini diadakan di sebuah retoran terkemuka iaitu di Old Town Resort Alor Setar yang terletak di Jalan Datuk Kumbar.

Seramai belasan kawan-kawan yang free telah menghadirkan diri ke majlis ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah bekorban dan meluangkan masa bersama-sama untuk meneruskan hubungan dan ukhwah yang sekian lama terbina.

Antara yang dapat hadir adalah Apek, Henau(dan rakan2), zhafri, zaidi, mohd hafizie azizan, chong(bebangsa melayu),dr.syakur ibrahim,fakarudiin, dan sebagainya.

Untuk maklumat, pengarah program ini adalah afifnuddin(apek).

Program ini dimulakan seawal jam 5 petang. Para peseta berkumpul, beramah mesra, berbuka puasa, berkongsi rokok dan sebagainya untuk mengeratkan lagi persahabatan.

Bila tiba waktu berbuka semua peserta menjamu selera dengan lauk pauk yang amat menyelerakan antaranya , ikan siakap 3 rasa, sayur kailan goreng, tomyam, telur bungkus, nasi putih, nasi tambah, dan pelbagai lagi juadah yang amat sedap. Juga tidak ketinggalan air jus karot yang special dengan tambahan duit cuma rm1.20 seorang.hehe..

Selepas berbuka puasa semua peserta terus ke surau untuk menjalani ibadah fardu maghrib. dan seterusnya isyak dan disambung lagi dengan solat Terawikh(kort imam isyak, zaibo imam Teraweh) dan kemudian majlis tamat.

semua peserta pulang dengan hati yang kenyang.

Tapi rasanya belum pulang lagi kot, kita lepak2 kat stadium plak lepas tu. Sampailah dekat pukul 12. Bulat(Ridhwan Rahim), Syazwan pon datang jugak.

Sunday, October 26, 2008

Gallery

Selamat Datang Sahabat-Shabat






Zhafri Zukhi (Pri)


Azrul A.Zahari


Abdul Hadi(Dabul Dahi)


Bukhari Jauhari (Bo'ei)


Luqman Hadi



Munir Mohsin


Shafiq Jusob (Fiqsob)


Hafizie Shukri


Ridhwan Rahim (Bulat)


Hafizuddin Rozali (Pdin Ro)


Nazmi Abd Ghani (Nami)



Hafizie Azizan (Mat Rem)


Fakaruddin (Faka)


Firdaus Amin (Amin)


Zaidi Nawawi (Zaibo)


Mohd Hafizudin (Bob)


Hazwan Mustaffer (Hazwan)



Firdaus Ahmad (Pai)



Shahmi (MahaRaja Alam)



Abdul Syakur Ibrahim (Kot)



Azizul Hakim Azizul Rahman (G-jah)

kejayaan

artikel

visi


Mencapai matlamat semua iaitu membentuk satu batch nombor satu di SMKAK yang paling UNITE dan paling bersatu,bersama dan sentiasa berhubung antara satu sama lain tak kira dimana anda berada siapa anda dan apa2 lah.

misi


Misi kita adalah....nak menjadikan kawan2 kita tak putus hubungan atau pon dalam bahasa orang putih yang pernah diajar oleh Teacher A, disebut "Keep In Touch"

Disamping itu, kita semua mestilah menjadikan blog ini sebagai tempat mendapatkan maklumat dan informasi terbaru. Contohnya segala program atau aktiviti yang kita nak cadangkan@jalankan
kita mesyuarat dulu kat shout box tu.

Yang paling penting wahai rakan-rakan ku, kita nak mengeratkan lagi silaturrahim antara semua. Silaturahim ni tak kutuk bapak sapa2. Jangan marah jika dekat2 sama dengan nama bapak sapa2.

Seterusnya, kita jugak mestilah mewujudkan dan menjadikan group batch yang harmoni dan sejahtera seperti azmul. Setiap kali jumpa mesti sebut "sahabatku...".Kan Harmoni tu.

Yang terpenting sekali ialah misi menjejaki Kodeng melalui online kerana menurut Pak Tam dan Zhafri, mereka amat merindui Kodeng selaku teman bilik Bakti yang selalu disebut-sebut oleh Cikgu Azman (walaupun bilik yang disebut itu bukan bilik Bakti).
Umum tahu bahawa Kodeng amat pakar dalam bidang internet, jadi tidak mustahil kodeng dapat menjejaki blog ini.


dan lain-lain sebab dah takdak idea.. sapa2 ada idea boleh tulis.

sejarah


Bermulanya batch SMKAK SPM 2005 ini bertitik tolak daripada cemerlangnya keputusan UPSR kami pada tahun 2000. Ada yang dapat 4A 1c, 4A 1B dan juga 5A. Ayah dan ibu sepakat untuk menghantar kami ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah. Yahoo.. Syoknya..

Selain daripada tu, ada beberapa orang rakan yang bergelar batch SMKAK SPM 2005 ketika melangkah ke alam Tingkatan 4. Haa.. walaupun depa ni masuk lewat, tapi, mereka inilah yang menyambung kemeriahan serta menambahceriakan lagi batch ini.

Sepanjang 5 tahun disini, ada juga kawan-kawan yang keluar ke sekolah-sekolah seperti SBP, SMKA yang yang berdekatan, Sekolah Teknik dan juga sekolah2 harian dan ada juga yang mendapat nasihat supaya bertukar tempat pengajian. Walaupun mereka ini tidak menjawab SPM di Dewan SMKAK, tetapi depa still dilabel sebagai SMKAK SPM 2005. Apa ke he ni? So, tidak logiklah menggunakan label SPM 2005 sebagai nama utk batch ni. Tetapi itulah hakikat yang perlu diterima semua. Inilah alumni kita!

Mereka adalah sebahagian dari kami, mana mungkin memori selama bersama di delete begitu sahaja dan diletakkan dalam tong recycle bin yang sememangnya tiada siapa pun ingin mengetahuinya. Adalah lebih baik diletakkan di ruangan desktop supaya ditatap oleh setiap mata yang memandang dan akan sentiasa diklik orang ramai sebagai simbolik mengikuti perkembangan hidup mereka.

Untuk rekod,batch ini telah mencatat sejarah sebagai batch yang paling utuh ukhuwahnya. Rekod menunjukkan bahawa apabila sesuatu batch itu sudah menjejakkan kaki ke alam pengajian tinggi, maka kesatuan mereka akan hilang lenyap begitu sahaja. Tetapi, inilah kelainan yang ada pada batch ini, walaupun hampir 3tahun tidak sebumbung, setiap kali ada kelapangan di kala cuti, tetap akan bertemu kembali.

Sesungguhnya, sejarah kewujudan batch ini, akan sentiasa dikenang oleh warga batch ini di dalam hidup mereka. Warga batch akan pastikan, keutuhan , persahabatan , rasa kebersamaan dan segalanya sentiasa subur mekar menghiasi segenap diari hidup mereka. Semoga rahmah dan barokah Allah limpahkan kepada batch ini.

Lagu


SMKAK Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah

Sungguh berjasa mendidik anak bangsa

Kami putra putri berazam

Penuh keyakinan demi cita-cita murni

Untuk Mencapai Kejayaan



Oh Guru yang banyak Bekorban

Jasamu Tidak Akan Kami Lupakan

SMKAK semangat matlamat

Keimanan Asas Kejayaan



Usaha menuju wawasan Negara

semoga kita diberkati Allah(3x)



Lagu Smk Agama Kedah - Smkak

pengenalan


Nama pun pengenalan kan. Mestilah kita introduce dulu. Okay.. Semua kena ready ok. Dengar ni....Blog ini namanya http://spm05smkak.blogspot.com/. Blog ini adalah untuk semua rakan2 (rijal wa la nisa') yang ada kaitan dengan kita. Sapa2 yang memang pernah belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah..

Tak kira lah... Anda Daftar time form 1 ke.. Anda daftar time form 4 ke... tak kesah2. Tak kiralah..anda amik SPM SMKAK ke... Di tempat lain ke... kita tak kesah semua tu.. yang penting kita semua rakan.. kita semua sahabat yang pernah bersama di ES EM KAY AYY KAY.... dan juga...Tak kiralah berapa anda skor dalam Math tamb..Semua jadi e-rakan blog ni....

Tapi yang pasti kita semua pernah bersama dan pernah menjadi rakan dan teman ketika kita semua di SMKAK dulu. Yang pasti sekarang ni kita bukan lagi pelajar SMKAK. Kita hanyalah bekas/mantan student SMKAK. Banggalah anda kerana kita adalah ex-smakianz. Banggalah anda kerana kita masih disini... Jadi jika anda ada semua kriteria2 diatas tu...secara automatiknya.., anda adalah sahabat kita dan blog ini.