Selembar Kasih De SMKAK Part 1


*Kisah yang di persembahkan ini tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun mati.Cuma ianya sekadar renungan kepada sahabat-sahabat x-SMKAK supaya lebih berhati-hati di dalam menghadapi mehnah dan tribulasi dunia apabila berada di universiti.Mana- mana sahabat yang namanya di popularkan di dalam cerpen ini harap tidak berkecil hati.Semoga dapat berbesar hati la.Biasa la kita melawak sama-sama kengkawan sambil kita mengambil pengajaran.Hidup Kita mesti Happy tapi gerak kerja kita mesti serius…Berjihad Fisabillillah. .
(Lepas baca boleh la nak komen apa-apa pun)
Salam Ukhuwwah
-sMAKIANz Buayez-

(Bosan! Serabut! Boleh blahlah kau Aizatul Fikriah aku tak nak seksa perasaan aku lagi) hati Tengku Aiman merintih pedih. Penantian itu satu penyiksaan. Bertahun-tahun lamanya dia menanti handsetnya berirama dengan satu mesej kepastian daripada gadis itu. Bertahun-tahun itu jugalah jiwanya sentiasa resah. Entah bila penantiannya akan berakhir dengan satu jawapan.Entah bila..`' Tengku Aiman, kau nak beli sim card baru, kan ?'' soal Aidil tatkala melihat teman sebiliknya itu asyik membelek-belek handset..

`'A'ah!'' Tengku Aiman mengangguk ringkas.
`'Beli yang aku punya je lah,'' tawar Aidil.
`'Separuh harga?'' acah Tengku Aiman.
`'Beres. Kau nak sekarang ke?''
`'Tak nak'' Tengku Aiman acuh tak acuh.
`'Cis, buang karen je!'' bentak Aidil.

`'Bukan tak nak beli tapi tak nak kau main-mainkan aku. Kau nak jual betul-betul ke ni?'' Tengku Aiman meragui.
`'Muka hensem aku ni ada gaya penipu ke?'' Aidil berwajah serius.
`'Aku pelik sebenarnya. Bukan ke baru sebulan kau beli sim card tu? Tiba-tiba nak jual, mesti ada apa-apa,''
`'Tak sampai pun sebulan'' Aidil membetulkan fakta.
`'Habis tu, nak beli yang lain pulak?''
`'Mmm..dah beli pun. Aku sebenarnya nak lari dari mak we aku. Malas nak ada apa-apa kenangan. Aku tak nak dia tahu nombor baru aku,''

`'Tiap-tiap malam gayut, tiap hujung minggu asyik dating pun, boleh clash jugak?''
`'Biasalah lelaki mudah bosan.. Seplayboy-playboy aku pun, aku nak cari perempuan baik tau. Dia ni emm tak kena selera gadis idaman aku lah. Aku malas nak cerita kat kau. Kau tahu apa Tengku Aiman tak pernah bermak we,'' Aidil meluahkan. Dia sebenarnya cemburu apabila teman wanitanya asyik mendesak dia menceritakan tentang seorang lelaki. Teman wanitanya terlihat lelaki itu membonceng motornya pada suatu petang dan asyik memuji ketampanannya.

(Siapa yang tidak cemburu dan, kau tahu Tengku Aiman,kaulah lelaki itu)

`'Aku bukan jenis mainkan perempuan macam kau!'' Tengku Aiman menyindir.

`'Eleh nak kutuk aku lah tu. Kau tahu tak Tengku Aiman, aku clash pun sebab aku tak nak mainkan dia lagi. Aku dah syok kat awek lain lah,''

`'Ish, awek malang mana lah pulak yang kan jadi mangsa kau kali ni,.. Dasar playboy!'' sinis mengenakan Aidil sambil tersenyum.`' Dengki lah tu! Kau mengaku je lah Tengku Aiman, kau tu tak berani macam aku nak cari mak we. Sampai sekarang tak der mak we. Dayus! Penakut!'' Aidil pula mengenakan Tengku Aiman.

`'Penakut?! Sikit pun aku tak takut lah aku malas je!''
`'Eleh, cakap bolehlah. Kau kena tunjukkan pada aku, Aku cabar kau tackle Syifa Mawaddah,'' Aidil tersenyum sinis. Dia yakin Tengku Aiman akan tewas dengan cabarannya.. `'Syifa Mawaddah mana pulak ni?''
`'Classmate aku. Sombong betul dia buat aku tercabar je. Nanti ada peluang aku tunjuk kat kau. Tapi ingat, aku memang dah syok giler kat dia. Aku suruh kau tackle je, pas tu bagi jalan kat aku,''

`'Kau kan mahir bab-bab tackle perempuan ni. Kau je lah tackle dia,''
`' Kan betul kau penakut. Malu aku nak ngaku kawan Kau tahu tak,Syifa Mawaddah ni bukan perempuan spesis biasa-biasa, dia lain sikit lah. Sebab tu kalau kau boleh tackle dia, memang aku tabik kat kau,''

`'Hey, aku berani lah! Tapi, buang masa aku je tackle perempuan..' ' Tengku Aiman menolak cabaran.

`'Kau ulang lah kata kau berani 1000 kali. Aku tak kan percaya selagi kau tak tunjukkan pada aku. Nah, ambil sim card ni. Kalau berani, aku cabar kau tackle Syifa Mawaddah dengan cara apa sekalipun'' wajah Aidil hambar. Dia keluar meninggalkan Tengku Aiman sendirian. Dia ingin menghabiskan malamnya di cyber cafe,manalah tahu kalau boleh sangkut dengan mana-mana awek dalam laman chit-chat.

(Buang masa layan Tengku Aiman. Jenis budak baik, budak baik juga lah) bisik Aidil. Tengku Aiman tercabar. Dia mendengus. Simcard baru diisi ke dalam handset. Sejurus selepas itu, irama handset berbunyi.`'Hello! Aidil '' suara lunak seorang gadis menerjah masuk ke gegendang telinga Tengku Aiman.

`'Err, hello. Aidil tak der,'' Tengku Aiman gugup berhadapan suara itu.
`'Ah, alasan je tu! Hafiza tak percaya Hafiza nak cakap dengan Aidil, cepatlah'' suara itu mendesak.
`'Betul dia keluar. Sumpah!'' Tengku Aiman meyakinkan.
`'Dah dekat 1000 kali Hafiza call, kenapa dia tak angkat?''
`'Sebenarnya, Aidil dah pakai nombor baru. Ni dah jadi nombor saya,''
`'Hafiza dah agak dia memang nak larikan diri dari Hafiza. Tak tahu apa salah Hafiza semua jantan memang macam tu, suka permainkan perempuan,'' suara itu bertukar sebak. Tersentuh hati Tengku Aiman.

'Tapi, tak semua'' Tengku Aiman membela kaumnya.
`'Hafiza tak pernah jumpa pun.Semua lelaki yang Hafiza kenali tak boleh harap,''
`'Err, suatu hari nanti jumpa lah''
`'Huh, entah bila''
`'Berdoalah pada Allah,''

`''Berdoa?'' gadis itu ketawa terbahak-bahak mendengar saranan Tengku Aiman.

(Aku buat lawak ke?) bisik Tengku Aiman, keliru.

`'Okeylah. Nanti saya duduk kat sejadah dan berdoa 24 jam. Untung-untung, putera kayangan pun rasa nak turun melamar saya. Okey, bye!'' gadis itu melawak sambil ketawa lagi. Hati Tengku Aiman bergetar. Inilah kali pertama dia bercakap dengan perempuan melalui telefon. Itupun secara tidak sengaja.

Bersambung....

Thursday, November 27, 2008

Berita Terbaru

Presiden Alumni kita sedang bekerja sambilan di Sebuah Kedai makan berhampiran petronas taman mahsuri. Nanti sama2 kita ramai2 pi ziarah presiden kita.., apek.

Kepada sesiapa yang dah cuti, sila contact kawan2 kita.. kita nak buat prgram cuti ni.. Tunggu korang semua balik dulu baru kita rancang. Ok

Ingat. Jgn lupa ya..

Sunday, November 23, 2008

TV3 dan TV1 Bodo piang

Alumni mengutuk keras berita yang digembar gemboqkan oleh TV3 dan TV1 terhadap kerajaan Kedah berhubung isu ladang babi di Bukit Selambau. Ni kenyataan akhbar daripada S/U akhbar MB Kedah. Kami yakin ada udang disebalik batu dlm isu ini. Setelah diteliti, akhirnya pihak alumni terjumpa kenyataan akhbar ini.

Nahare punya TV3 dgn TV1. Dok pebodo rakyat la plak dah..hampa baca la elok-elok noh..nilaikan seniri

Kenyataan Akhbar

Isu Babi: Jawapan Kepada RTM & TV3

Saya merujuk kepada siaran berita RTM di TV1 sekitar jam 1.00 petang 19 November 2008 dan siaran Buletin Utama TV3 jam 8.00 malam 19 November 2008.


Kedua-dua siaran tv ini melaporkan bahawa Kerajaan Negeri Kedah bakal membuka sebuah ladang ternakan babi di Kedah.


Saya ingin tegaskan bahawa kedua-dua berita tersebut adalah satu pembohongan dan telah memutarbelitkan fakta seperti yang tercatat dalam buku Jawapan Bertulis Mesyuarat Keempat Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Kedua Belas (Mesyuarat Bajet 2009).


Siaran berita tersebut hanyalah berbentuk jahat untuk menjatuhkan nama baik Kerajaan Negeri Kedah dan menghasut rakyat untuk bencikan Kerajaan dan berbentuk provokasi.


Sebagai makluman pembukaan ladang itu hanya akan berlaku jika terdapat aduan kacau ganggu di ladang-ladang yang sedia ada.


Selebihnya, keputusan tersebut telah dibuat oleh Kerajaan terdahulumelalui surat UPEN (K) 707 SK.4 ( ) bertarikh 4 Disember 2007 bertajuk: "Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (MMK) Mengenai Ladangan Masa Depan Industri Ternakan Khinzir di Negeri Kedah Darul Aman.


Sekalipun telah dijelaskan dalam sesi penggulungan Sidang Bajet pada 20 November dan sidang akhbar pada hari yang sama oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, bahawa ini adalah keputusan Kerajaan terdahulu (Barisan Nasional) bagaimanapun TV3 khususnya masih menggunakan perkataan 'hasrat Kerajaan PAS Kedah membuka ladang babi'.


Haaa.. kawan-kawan.. nilaikan sendiri.Betapa jahatnya puak-puak ni nak menggugat MB Kedah.. Apa la la punya bodo.. dulu isu balak, pastu itu naik kapai trebang sultan.. gila ka apa.. akai xdak.. ataupun dalam erti kata lain.. BODO PIANG..

Himpunan Mahasiswa Kedah & Ijtima’ Aidil Adha




Ijtimak Aidiladha dan Himpunan Mahasiswa Kedah 2008 merupakan satu program yang julung kali diadakan.

Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mengumpulkan seluruh mahasiswa dan para pelajar negeri Kedah dari sekolah menengah dan segenap institusi pengajian tinggi yang meliputi para mahasiswa diperingkat lepasan SPM, STPM dan STAM yang menyambung pelajaran diperingkat Maktab Perguruan, Politeknik, Kolej dan sebagainya di atas satu platform NGO iaitu Persatuan Mahasiswa Darul Aman(PERSADA).

Sasaran persatuan ini adalah golongan mahasiswa berbilang kaum yang terdiri daripada pelajar Melayu, Cina, India, Siam dan sebagainya disamping berkongsi idea dan pandangan antara satu sama lain.

TUJUAN
Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengumpulkan seluruh mahasiswa Kedah yang menuntut Ilmu di seluruh Institusi pengajian tinggi di segenap pelusuk negara kearah mewujudkan satu kesatuan mahasiiwa dan pelajar-pelajar di negeri Kedah Darul Aman.

TEMA
“ BERSATU SEIRING MEMIMPIN KEMENANGAN”

TARIKH
11 Disember 2008(Khamis)

TEMPAT
Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman

SASARAN PESERTA
Mahasiswa IPT, KOLEJ-KOLEJ, MAKTAB dan PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH MENENGAH


ATURCARA MAJLIS

KHAMIS ( 11 / 12 / 08 )

09.00 pagi : Ketibaan peserta dan pendaftaran

09.15 pagi : Ketibaan VIP

09.30 pagi : Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis
: Bacaan al-Quran
: Tayangan slide show raya

10.00 pagi : Ucapan :-

- Presiden Penaja
(Saudara Mohd Faisal Bin Mustaffa)

(Ust. Musaddak Bin Hj. Ahmad)
- Exco Belia dan Sukan Negeri Kedah

(Dr. Hamdan Khalib) :

11.00 pagi : Bersama Menteri Besar
- Amanat MB dan pelancaran PERSADA

12.00 tgh. Hari : Tayangan slide Show
12.10 tgh hari : Sesi dialog
01.15 tgh hari : Jamuan
- bersurai


sumbangan boleh dibuat ke atas nama (akaun Bank Islam):

PERSATUAN MAHASISWA DARUL AMAN (PERSADA)
12-047-01-004609-2

untuk pertanyaan boleh hubungi talian PERSADA di no 019-6170277

Sekretariat PERSADA,
No 8, Jalan 19/13 A,
46300, Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.



P/s: Tuan Presiden Alumni mewajibkan ahli-ahli alumni pi kesana.. Adioss

Tuesday, November 11, 2008

Cerita Masa Kita Form One

Masuk SMKAK amatlah seronok gila
Sebab kami semua Excited Masuk Sekolah Agama
Inilah Kisah Yang tak boleh dilupa
Memang Ingat sampai Bila2


Minggu Orientasi Minggu Pertama
Kena Ikut Program Dia semua
Semua Sepakat Sebulat Suara
Firdaus Amin Jadi Tok Penghulu Minggu Orientasi Kita


Ikut Program Amatlah Happy
Semua Nampak Skema Sekali
Sebab Masih Baru kat sini
Kenalah ikut program dengan rela hati


Aduh teringat kenangan best sekali
Semua Masih Kanyaq lagi
Semua Baik nak Mampuih time ni..
Alim Gila tidak terperi


Dua orang sahabat Akrab berilmu
Firdaus Ahmad & Anwar Ghani Amat Alim ketika itu
Keduanya Kaki Masjid Solat Fardhu
Harap sehingga sekarang Istiqamah selalu


Syakur Nanyi Lagu Nasyid FataMorgana
Atas Pentas Dewan SMKAK namanya
Aduh lunak sungguh sedapnya suara
Kenapa dia tak masuk faradis ya?


Datangnya Terus Dikenali semua
Azmul Masuk Lewat sikit dari Kita
SMKA MATANG sekolah asalnya
AZMUL MATANG Gelaran Nama
Meminati Nasyid Brothers Syahdu Feelingnya


Damn Langkawi Malas Mandi
Nama Glomour Gelaran Hakiki
Pagi-Pagi tak payah mandi
Bangun Pakai baju dan Terus Pergi


Kawan Kita Kacak Orangnya
Sifuu Gelaran Diberi nama
Kilauan Sinar Terserlah giginya
Tetapi sekarang Dah Modified baik Punya


Cerita Lawak Dimalam HAri
Loceng Latihan Kecemasan Kebakaran Berbunyi
Hafizi Syukri Ingat Loceng Subuh Berbunyi
Dia Bawak timba terus pi mandi



Aduh nakalnya memang sekali
Bilik Damai Pecah Rekod kali ni
Suruh ke Surau Depa tak Mau Pi
Solat Subuh Jemaah kat bilik Asyak Sekali



Setiap malam Kena Masuk Program Adikku Sayang
Di bilik Amanah@Dinamik yang kami terhoyong hayang
Tiap2 malam dibelai disayang
Itulah tarbiah dari abang-abang



Ada sorang budak ini
Putih TAFF dan perfect sekali
Syafiq Jusub Penyeri Batch Kami
Gelaran "Hensem" diberi sendiri



Jangan Lupa pada Yang pindah
Sebab ini kenangan terindah
Taufiq Manap Suka main Cuping Telinga Orglah...
Tapi tak pa kami dapat upah



Hu... ini cerita perit sekali
PPD spotChek kita semua Sebab dengar ceramah politik
Abg FArid-Z lah masterpeace
Kena gantung sekolah free



Kawan Kita Akmal Mehat Buat kes... hehe...
Bukan la....dia kena Gangguan Makhluk Halus la... hehe
Kita semua gelabah bewak dan takut gak time tu...hehe
Tapi kenangan malam kejadian tu memang dahsyatlah...hehe
Bilik Damai Di Kosongkan sebab tak da sapa2 Yang berani tidoq situ...hehe



Mula Belajar Lep Kelas cari alasan
Dengan Isi borang dan Pi KLINIK yang berdekatan
Makan Cendol@RotiCanai sampai kepuasan
Haram Tak jumpa dr.zubir dan dr.asri pon





Monday, November 10, 2008

Terima Kasih Guru


Lagu asal Mirwana, dinyanyikan semula oleh Alumni Spm 05 SMKAK

Khas untuk guru-guru yang telah mendidik kami











Pak Tam, Syazwan dan Fiqsob: Masih...jelas diminda..
Bisikan suaramu memanggil...
Di situ langkahku bermula...
Mengejari cita kau di sisi....
Lantas ku utuskan lagu untuk menyatakan
Terima kasih...


Alumni: Terima kasih guru...
Kerna hulur tanganmu...
Ku menghargai setulus jiwaku...
Bicaramu guru kan ku ingat selalu
Menjadi azimat hingga ke akhirnya...


Apex, Amin dan Chong: Guru... ibarat pelita...
Sentiasa menyinar kamar hidupku...
Guru...kau pewaris ilmu...
Mendidik diriku...hingga ku berjaya.. ..
Lantas ku utuskan lagu untuk menyatakan
Terima kasih...


Bulat, Azmul dan Faka: Andai diberi peluang
Inginku terbang tinggi di awangan...
Kan ku petik bintang-bintang...
Ku jadikan hadiah untukmu...
Moga Tuhan merahmatimu...
Terima kasih...


Nak download, klik ja tajuk lagu..
Mirwana - Terima Kasih Guru



Sunday, November 2, 2008

Sajak

Bilaku Teringat.. Aku akan ingat padanya..
Memori ini kadang-kadang ku lupa,

Namun sekali sekala teringat,

Layan.

Dialah yang menjadi tempat wajibku..
Setiap hari akan ku kesitu

Setiap hari akan ku tempat itu..

itulah kelas ku..

Kelas tempat ku menuntut ilmu.


Disitu lah kita kerap belajar bersama semeja

Disitulah tempat kita duduk dikerusi kayu sambil berketawa

Kapur dan papan hitam itulah menjadi saksi keakraban kita

hidup sebagai pelajar dibawah kipas dan syiling bangunan kelas yang sama
Sebagai Kawan Sahabat dan Teman Kelasku...

Andai Kau Ikram

Andai Kau Ihsan

Andai Kau Mawaddah
Andai Kau Fathonah

Mahupun Kau Hikmah

Engkaulah kelas ku


Kerana semuanya sama

Kerana kita bagaikan Sekelas

Kita Bagaikan Sehati

Tiada Beza Antara kita

Kelas manapun kita
itu tidak membezakan kita.





Kerana Kita UNITE. Dulu... Kini.. Dan InsyaAllah.. Selamanya




Saturday, November 1, 2008