TV3 dan TV1 Bodo piang

Alumni mengutuk keras berita yang digembar gemboqkan oleh TV3 dan TV1 terhadap kerajaan Kedah berhubung isu ladang babi di Bukit Selambau. Ni kenyataan akhbar daripada S/U akhbar MB Kedah. Kami yakin ada udang disebalik batu dlm isu ini. Setelah diteliti, akhirnya pihak alumni terjumpa kenyataan akhbar ini.

Nahare punya TV3 dgn TV1. Dok pebodo rakyat la plak dah..hampa baca la elok-elok noh..nilaikan seniri

Kenyataan Akhbar

Isu Babi: Jawapan Kepada RTM & TV3

Saya merujuk kepada siaran berita RTM di TV1 sekitar jam 1.00 petang 19 November 2008 dan siaran Buletin Utama TV3 jam 8.00 malam 19 November 2008.


Kedua-dua siaran tv ini melaporkan bahawa Kerajaan Negeri Kedah bakal membuka sebuah ladang ternakan babi di Kedah.


Saya ingin tegaskan bahawa kedua-dua berita tersebut adalah satu pembohongan dan telah memutarbelitkan fakta seperti yang tercatat dalam buku Jawapan Bertulis Mesyuarat Keempat Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Kedua Belas (Mesyuarat Bajet 2009).


Siaran berita tersebut hanyalah berbentuk jahat untuk menjatuhkan nama baik Kerajaan Negeri Kedah dan menghasut rakyat untuk bencikan Kerajaan dan berbentuk provokasi.


Sebagai makluman pembukaan ladang itu hanya akan berlaku jika terdapat aduan kacau ganggu di ladang-ladang yang sedia ada.


Selebihnya, keputusan tersebut telah dibuat oleh Kerajaan terdahulumelalui surat UPEN (K) 707 SK.4 ( ) bertarikh 4 Disember 2007 bertajuk: "Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (MMK) Mengenai Ladangan Masa Depan Industri Ternakan Khinzir di Negeri Kedah Darul Aman.


Sekalipun telah dijelaskan dalam sesi penggulungan Sidang Bajet pada 20 November dan sidang akhbar pada hari yang sama oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, bahawa ini adalah keputusan Kerajaan terdahulu (Barisan Nasional) bagaimanapun TV3 khususnya masih menggunakan perkataan 'hasrat Kerajaan PAS Kedah membuka ladang babi'.


Haaa.. kawan-kawan.. nilaikan sendiri.Betapa jahatnya puak-puak ni nak menggugat MB Kedah.. Apa la la punya bodo.. dulu isu balak, pastu itu naik kapai trebang sultan.. gila ka apa.. akai xdak.. ataupun dalam erti kata lain.. BODO PIANG..

Sunday, November 23, 2008

0 Comments: