Selembar Kasih De SMKAK Part 1


*Kisah yang di persembahkan ini tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun mati.Cuma ianya sekadar renungan kepada sahabat-sahabat x-SMKAK supaya lebih berhati-hati di dalam menghadapi mehnah dan tribulasi dunia apabila berada di universiti.Mana- mana sahabat yang namanya di popularkan di dalam cerpen ini harap tidak berkecil hati.Semoga dapat berbesar hati la.Biasa la kita melawak sama-sama kengkawan sambil kita mengambil pengajaran.Hidup Kita mesti Happy tapi gerak kerja kita mesti serius…Berjihad Fisabillillah. .
(Lepas baca boleh la nak komen apa-apa pun)
Salam Ukhuwwah
-sMAKIANz Buayez-

(Bosan! Serabut! Boleh blahlah kau Aizatul Fikriah aku tak nak seksa perasaan aku lagi) hati Tengku Aiman merintih pedih. Penantian itu satu penyiksaan. Bertahun-tahun lamanya dia menanti handsetnya berirama dengan satu mesej kepastian daripada gadis itu. Bertahun-tahun itu jugalah jiwanya sentiasa resah. Entah bila penantiannya akan berakhir dengan satu jawapan.Entah bila..`' Tengku Aiman, kau nak beli sim card baru, kan ?'' soal Aidil tatkala melihat teman sebiliknya itu asyik membelek-belek handset..

`'A'ah!'' Tengku Aiman mengangguk ringkas.
`'Beli yang aku punya je lah,'' tawar Aidil.
`'Separuh harga?'' acah Tengku Aiman.
`'Beres. Kau nak sekarang ke?''
`'Tak nak'' Tengku Aiman acuh tak acuh.
`'Cis, buang karen je!'' bentak Aidil.

`'Bukan tak nak beli tapi tak nak kau main-mainkan aku. Kau nak jual betul-betul ke ni?'' Tengku Aiman meragui.
`'Muka hensem aku ni ada gaya penipu ke?'' Aidil berwajah serius.
`'Aku pelik sebenarnya. Bukan ke baru sebulan kau beli sim card tu? Tiba-tiba nak jual, mesti ada apa-apa,''
`'Tak sampai pun sebulan'' Aidil membetulkan fakta.
`'Habis tu, nak beli yang lain pulak?''
`'Mmm..dah beli pun. Aku sebenarnya nak lari dari mak we aku. Malas nak ada apa-apa kenangan. Aku tak nak dia tahu nombor baru aku,''

`'Tiap-tiap malam gayut, tiap hujung minggu asyik dating pun, boleh clash jugak?''
`'Biasalah lelaki mudah bosan.. Seplayboy-playboy aku pun, aku nak cari perempuan baik tau. Dia ni emm tak kena selera gadis idaman aku lah. Aku malas nak cerita kat kau. Kau tahu apa Tengku Aiman tak pernah bermak we,'' Aidil meluahkan. Dia sebenarnya cemburu apabila teman wanitanya asyik mendesak dia menceritakan tentang seorang lelaki. Teman wanitanya terlihat lelaki itu membonceng motornya pada suatu petang dan asyik memuji ketampanannya.

(Siapa yang tidak cemburu dan, kau tahu Tengku Aiman,kaulah lelaki itu)

`'Aku bukan jenis mainkan perempuan macam kau!'' Tengku Aiman menyindir.

`'Eleh nak kutuk aku lah tu. Kau tahu tak Tengku Aiman, aku clash pun sebab aku tak nak mainkan dia lagi. Aku dah syok kat awek lain lah,''

`'Ish, awek malang mana lah pulak yang kan jadi mangsa kau kali ni,.. Dasar playboy!'' sinis mengenakan Aidil sambil tersenyum.`' Dengki lah tu! Kau mengaku je lah Tengku Aiman, kau tu tak berani macam aku nak cari mak we. Sampai sekarang tak der mak we. Dayus! Penakut!'' Aidil pula mengenakan Tengku Aiman.

`'Penakut?! Sikit pun aku tak takut lah aku malas je!''
`'Eleh, cakap bolehlah. Kau kena tunjukkan pada aku, Aku cabar kau tackle Syifa Mawaddah,'' Aidil tersenyum sinis. Dia yakin Tengku Aiman akan tewas dengan cabarannya.. `'Syifa Mawaddah mana pulak ni?''
`'Classmate aku. Sombong betul dia buat aku tercabar je. Nanti ada peluang aku tunjuk kat kau. Tapi ingat, aku memang dah syok giler kat dia. Aku suruh kau tackle je, pas tu bagi jalan kat aku,''

`'Kau kan mahir bab-bab tackle perempuan ni. Kau je lah tackle dia,''
`' Kan betul kau penakut. Malu aku nak ngaku kawan Kau tahu tak,Syifa Mawaddah ni bukan perempuan spesis biasa-biasa, dia lain sikit lah. Sebab tu kalau kau boleh tackle dia, memang aku tabik kat kau,''

`'Hey, aku berani lah! Tapi, buang masa aku je tackle perempuan..' ' Tengku Aiman menolak cabaran.

`'Kau ulang lah kata kau berani 1000 kali. Aku tak kan percaya selagi kau tak tunjukkan pada aku. Nah, ambil sim card ni. Kalau berani, aku cabar kau tackle Syifa Mawaddah dengan cara apa sekalipun'' wajah Aidil hambar. Dia keluar meninggalkan Tengku Aiman sendirian. Dia ingin menghabiskan malamnya di cyber cafe,manalah tahu kalau boleh sangkut dengan mana-mana awek dalam laman chit-chat.

(Buang masa layan Tengku Aiman. Jenis budak baik, budak baik juga lah) bisik Aidil. Tengku Aiman tercabar. Dia mendengus. Simcard baru diisi ke dalam handset. Sejurus selepas itu, irama handset berbunyi.`'Hello! Aidil '' suara lunak seorang gadis menerjah masuk ke gegendang telinga Tengku Aiman.

`'Err, hello. Aidil tak der,'' Tengku Aiman gugup berhadapan suara itu.
`'Ah, alasan je tu! Hafiza tak percaya Hafiza nak cakap dengan Aidil, cepatlah'' suara itu mendesak.
`'Betul dia keluar. Sumpah!'' Tengku Aiman meyakinkan.
`'Dah dekat 1000 kali Hafiza call, kenapa dia tak angkat?''
`'Sebenarnya, Aidil dah pakai nombor baru. Ni dah jadi nombor saya,''
`'Hafiza dah agak dia memang nak larikan diri dari Hafiza. Tak tahu apa salah Hafiza semua jantan memang macam tu, suka permainkan perempuan,'' suara itu bertukar sebak. Tersentuh hati Tengku Aiman.

'Tapi, tak semua'' Tengku Aiman membela kaumnya.
`'Hafiza tak pernah jumpa pun.Semua lelaki yang Hafiza kenali tak boleh harap,''
`'Err, suatu hari nanti jumpa lah''
`'Huh, entah bila''
`'Berdoalah pada Allah,''

`''Berdoa?'' gadis itu ketawa terbahak-bahak mendengar saranan Tengku Aiman.

(Aku buat lawak ke?) bisik Tengku Aiman, keliru.

`'Okeylah. Nanti saya duduk kat sejadah dan berdoa 24 jam. Untung-untung, putera kayangan pun rasa nak turun melamar saya. Okey, bye!'' gadis itu melawak sambil ketawa lagi. Hati Tengku Aiman bergetar. Inilah kali pertama dia bercakap dengan perempuan melalui telefon. Itupun secara tidak sengaja.

Bersambung....

Thursday, November 27, 2008

0 Comments: