sejarah


Bermulanya batch SMKAK SPM 2005 ini bertitik tolak daripada cemerlangnya keputusan UPSR kami pada tahun 2000. Ada yang dapat 4A 1c, 4A 1B dan juga 5A. Ayah dan ibu sepakat untuk menghantar kami ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah. Yahoo.. Syoknya..

Selain daripada tu, ada beberapa orang rakan yang bergelar batch SMKAK SPM 2005 ketika melangkah ke alam Tingkatan 4. Haa.. walaupun depa ni masuk lewat, tapi, mereka inilah yang menyambung kemeriahan serta menambahceriakan lagi batch ini.

Sepanjang 5 tahun disini, ada juga kawan-kawan yang keluar ke sekolah-sekolah seperti SBP, SMKA yang yang berdekatan, Sekolah Teknik dan juga sekolah2 harian dan ada juga yang mendapat nasihat supaya bertukar tempat pengajian. Walaupun mereka ini tidak menjawab SPM di Dewan SMKAK, tetapi depa still dilabel sebagai SMKAK SPM 2005. Apa ke he ni? So, tidak logiklah menggunakan label SPM 2005 sebagai nama utk batch ni. Tetapi itulah hakikat yang perlu diterima semua. Inilah alumni kita!

Mereka adalah sebahagian dari kami, mana mungkin memori selama bersama di delete begitu sahaja dan diletakkan dalam tong recycle bin yang sememangnya tiada siapa pun ingin mengetahuinya. Adalah lebih baik diletakkan di ruangan desktop supaya ditatap oleh setiap mata yang memandang dan akan sentiasa diklik orang ramai sebagai simbolik mengikuti perkembangan hidup mereka.

Untuk rekod,batch ini telah mencatat sejarah sebagai batch yang paling utuh ukhuwahnya. Rekod menunjukkan bahawa apabila sesuatu batch itu sudah menjejakkan kaki ke alam pengajian tinggi, maka kesatuan mereka akan hilang lenyap begitu sahaja. Tetapi, inilah kelainan yang ada pada batch ini, walaupun hampir 3tahun tidak sebumbung, setiap kali ada kelapangan di kala cuti, tetap akan bertemu kembali.

Sesungguhnya, sejarah kewujudan batch ini, akan sentiasa dikenang oleh warga batch ini di dalam hidup mereka. Warga batch akan pastikan, keutuhan , persahabatan , rasa kebersamaan dan segalanya sentiasa subur mekar menghiasi segenap diari hidup mereka. Semoga rahmah dan barokah Allah limpahkan kepada batch ini.

Sunday, October 26, 2008

0 Comments: