Program Ifthor Perdana Di Old Town Resort : Jalan Datuk Kumbar




Pada 29 ramadhan telah diadakan satu majilis iaitu dinamakan sebagai majlis ifthor perdana. Program ini diadakan di sebuah retoran terkemuka iaitu di Old Town Resort Alor Setar yang terletak di Jalan Datuk Kumbar.

Seramai belasan kawan-kawan yang free telah menghadirkan diri ke majlis ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah bekorban dan meluangkan masa bersama-sama untuk meneruskan hubungan dan ukhwah yang sekian lama terbina.

Antara yang dapat hadir adalah Apek, Henau(dan rakan2), zhafri, zaidi, mohd hafizie azizan, chong(bebangsa melayu),dr.syakur ibrahim,fakarudiin, dan sebagainya.

Untuk maklumat, pengarah program ini adalah afifnuddin(apek).

Program ini dimulakan seawal jam 5 petang. Para peseta berkumpul, beramah mesra, berbuka puasa, berkongsi rokok dan sebagainya untuk mengeratkan lagi persahabatan.

Bila tiba waktu berbuka semua peserta menjamu selera dengan lauk pauk yang amat menyelerakan antaranya , ikan siakap 3 rasa, sayur kailan goreng, tomyam, telur bungkus, nasi putih, nasi tambah, dan pelbagai lagi juadah yang amat sedap. Juga tidak ketinggalan air jus karot yang special dengan tambahan duit cuma rm1.20 seorang.hehe..

Selepas berbuka puasa semua peserta terus ke surau untuk menjalani ibadah fardu maghrib. dan seterusnya isyak dan disambung lagi dengan solat Terawikh(kort imam isyak, zaibo imam Teraweh) dan kemudian majlis tamat.

semua peserta pulang dengan hati yang kenyang.

Tapi rasanya belum pulang lagi kot, kita lepak2 kat stadium plak lepas tu. Sampailah dekat pukul 12. Bulat(Ridhwan Rahim), Syazwan pon datang jugak.

Sunday, October 26, 2008

0 Comments: