Kami Pi Beraya Ramai2!!! Serbu!!!!

Pada hari raya ke yang lalu, semua sahabat2 berkumpul di rumah Firdaus Mat Pai iaitu salah seorang sahabat kita yang paling hensem.

Rumahnya terletak di kampung Lepai. Sebab itulah namanya di"laqab"kan menjadi Mat Pai. Dizaman sekolah dulu, kadangkala Azmul Mukmin Bin Dr Azmi sering memanggilnya "Pai J Kuasa 2" untuk bermanja dengan Mat Pai.. Geli? Ha.. Jangan Muntah sudah.
Itulah hakikatnya...


Kita bukan nak dengar cerita pai dan azmul ni.... Kita nak cerita tentang program kita berhari raya bersama kawan2 hari tu.

Pada mulanya semua pergi serbu rumah Ustaz Mahmud Zaim bin Musa. Di taman yang diberi nama... Tak ingat... ha...Ok. tak penting semua tu...

OK. Sapa tak kenal Ustaz Mahmud?? Angkat Tangan...? ha... siap hang... memang nak kena luku. ustaz nilah ustaz ter"famous" di SMKAK dulu. Ustaz Mahmud Menjemput semua anak muridnya ke OPEN HOUSE di rumahnya hari tu. Rumahnya cantik...:)



Sesampainya kami di sana... Pergghhhh..... Ramai betul. Ini betul Betul. Bukan Cobaan ni.,, Memang berenut budak2 SMKAK... Dari yang dah ada kerja...Hinggalah yang masih bersekolah di SMKAK.....Memang ramai Sungguh sampai Full Padat rumah PakMUD. kami semua kena tunggu giliran untuk makan dan berjumpa dengan Ustaz yang kami sayang ini... Semua terpaksalah berdiri lama diluar... haha...sampai ramai yang mengeluh kakinya lenguh kerana lama berdiri. maklumlah..



Akhirnya kami berjaya membolos ke dalam rumahnya.... dan makan selahap2nya.... hihii... Tak la.. Makan sopan la...Buat akhlak baik2 la.... Majoritinya menunjukkan "kesiqahan" masing2 didepan ustaz mahmud.. Walaupun mereka kaki Fly dan Wooff.. Tapi semua nampak siqah hari tu... hehehe... Depa ingat Pakmud lupa perangai lama mereka.... hahahahahahaha....



Antara jamuan Yang dihidangkan adalah Bihun Sup.. Semua rakan2 makan dengan banyaknya.. Kerana sekali sekala datang mesti nak balun kan...? Di saat itu kelihatan henau, Amin, Zhafri dan kawan2 yang lain amat gembira menjamu Aiskrim yang dihidangkan. Disitu kami nampak seperti kanak2 dan kebudak-budakkan walaupun hakikatya.. semuanya nampak kebapakbudakkan. hi... :)

Semua gembira dapat bersama Ustaz mahmud. Inilah antara Ustaz yang terbaik pernah kami jumpa. Beliau masih kenal nama kami.. itulah yang membanggakan.Semua mengambil kesempatan mencuim tangan dan bersalaman dengan ustaz.. Dengan Niat segala kesalahan kesilapan dan salah cakap mereka selama ni terampun. hehehe... Semua ada dosa!!!!



Yang PastI ustaz Mahmud amat mengharapkan semua anak didiknya sedar bahawa kitalah pejuang2 muda yang bakal membawa kembali kegemilangan Islam di Dunia Ini. Selepas kami beraya semua pergi kemasjid Albukhari untuk solat asar berjemaah disana. Akhir Kalam.............................................................................................................................Assalamualaikum




Tuesday, October 28, 2008

0 Comments: