Selembar Kasih De SMKAK Part 2


SAMBUNGAN...
----

Suasana di Agama Kedah dulu tidak pernah memberi peluang dan ruang untuknya mengenali seorang perempuan dengan lebih dekat. Jauh sekali untuk berhubung begini. Kali pertama dia cuba mendekati perempuan sewaktu awal masuk ke universiti. Itupun tak dilayan. Masakan tidak, perempuan itu ialah Aizatul Fikriah, perempuan yang terkenal dengan waro' di sekolahnya dulu. Suara merdu gadis yang baru dikenali sebagai Hafiza itu terus terngiang-ngiang di pendengaran.

(Merdu sungguh suaranya., tentu wajahnya pun menawan. Lagipun, Aidil syok kat perempuan-perempuan cantik je. Tapi, kenapa boleh clash pulak?)

(Astargfirullah! Fitnah besar pada hati aku ni)

Tengku Aiman menepis bisikan-bisikan liar yang singgah di hatinya. Tiba-tiba irama handsetnya berbunyi lagi.`'Hello, Hafiza ni!''Gurlp! Tengku Aiman menelan liur.

`'Hello!'' balas Tengku Aiman.
`'Mmm. Hafiza lupa nak kenalkan diri tadi. Saudara jugak tak kenalkan diri pun,'' Tengku Aiman terlopong. Suara merdu itu benar-benar menggetarkan hatinya.
`'Nama penuh Hafiza, Nur Hafiza bt Mohd Hafiz. Pelajar Perakaunan. Saudara?''`' Err Tengku Aiman Faizal pelajar Undang-Undang, ''
`'Wow, machonya nama. Orangnya pun mesti macho''
`'Ish, tak der lah. Biasa je''
`'Mmm, merendah diri pulak. Awak mesti best. Kalau Hafiza panggil abang Tengku Aiman, boleh?''
`'Abang?!'' Gurlp!!!”
`'A'ah..tanda respect Hafiza, bukanya ada apa-apa. Boleh kan abang Tengku Aiman ?!''`'Err'' kelu lidah Tengku Aiman.

“Okeylah bang Tengku Aiman. Hafiza chow dulu. Nanti Hafiza call lagi. Kalau rindu Hafiza, sms lah miss you my hero! Ummmwah”Gurlp! Sudah ke berapa kali Tengku Aiman menelan liur. Fikirannya jauh menerawang. Dia cuba membayangkan wajah Hafiza. Hatinya dibuai bisikan-bisikan asyik tentang seungkap nama Nur Hafiza. Suara halus selunak buluh perindu itu terus bermain-main di ingatan. Tengku Aiman cuba menepis tapi kali ini dia tak berdaya lagi. Suara itu terlalu merdu dan menggoda. Tengku Aiman mengukir senyum sendiri.

“Tengku Aiman, kau nak tengok persembahan teater, tak?” Aidil mengajak. Kepalanya ligat mengatur strategi untuk mempengaruhi Tengku Aiman. Dia mesti bijak menjerat Tengku Aiman agar dia boleh bebas daripada buruan Hafiza. Baru petang tadi dia diburu lagi oleh Hafiza dengan pelbagai pujuk rayu. Akhirnya dia menjanjikan sesuatu untuk Hafiza kerana dia tahu dia tak boleh bebas daripada gadis yang licik itu selagi Tengku Aiman tak dijadikan penggantinya.“Tak minat!” balas Tengku Aiman. Ringkas.
`'Cis, budak skema! Tak sporting lah kau ni Jom lah Tengku Aiman, aku bukannya ajak kau club in, tengok teater dalam universiti je. Lagipun, bukan ada apa-apa malam ni bosanlah!''

`'Aku tak nak!!'' tegas Tengku Aiman.
`'Okey, kalau kau tak nak ikut, aku nak ubah plan pergi disco. Kau sanggup tengok kawan kau nak pergi tempat maksiat, Tengku Aiman?'' Aidil tahu kelemahan Tengku Aiman , seterusnya cuba menjerat.

`'Tapi Jaffarizat, Fathul Naim, Shandot, Fitri dan Najmuddin nak datang malam ni''
`'Oh, kawan-kawan kau yang selalu datang tu. Baik aku chow cepat-cepat. Aku segan lah ngan diorang tu. Geng-geng malaikat tu, aku pulak geng setan. Ntah macam mana aku sebilik ngan kau sebab kau pun geng diorang jugak, kan?!''

`'Diorang tu satu sekolah ngan aku dulu ! Mereka kawan baik aku,''
`'Patutlah kau pun ala-ala malaikat skit. Tak sebulu ngan aku''
`'Hey Aidil, jangan kata cam tu! Aku pun gila-gila macam kau jugak tau. Ingat aku suka sangat diorang datang? Aku pun dah bosan dengan diorang. Asyik nak ajak aku pergi program agama je, ingat ni zaman sekolah dulu lagi agaknya,''

`'Kau biar betul, Tengku Aiman. Cakap bolehlah'' Aidil ragu-ragu.
`'Okey, aku ikut kau pergi tengok teater!''
`'Hah, macam tu lah kawan aku! Jangan pandai cakap je tapi kena tunjukkan. Macam ni lah yang aku nak'' Aidil menghidupkan enjin motorsikal krissnya. Tengku Aiman membonceng di belakang. Kepalanya asyik memikirkan pertemuan yang bakal diatur antara Tengku Aiman dan Hafiza.`'Eh. .eh.. Syifa Mawaddah lah!'' Aidil tak menyangka terserempak dengan Syifa Mawaddah.

`'Yang mana?''
`'Tu, tu, baju putih'' Tengku Aiman berpaling ke belakang. Matanya liar meneliti gadis berbaju putih yang sedang menunggu di perhentian bas bersama beberapa orang kawannya. Kelajuan motorsikal yang dipandu oleh Aidil menyebabkan pandangannya mampu menatap wajah Syifa Mawaddah sekilas cuma.`'Nampak tak?'' suara Aidil agak meninggi melawan frekuensi angin.

`'Sikit-sikit je..kau bawa motor laju sangat,''balas Tengku Aiman.`'Okey, aku pusing lagi sekali. Cam betul-betul tau'' Aidil bertindak seperti apa yang dikata. Sebaik sahaja melepasi perhentian bas itu, dia memperlahankan motorsikalnya sambil berteriak gatal.
`'Fizaaaahhhh! '' Gadis itu memandang tepat. Kawan-kawannya juga turut memandang. Panahan matanya tembus ke hati Aidil hinggakan motorsikal yang dipandunya hampir hilang kawalan. Nasib baik sempat cover.

(Boleh tahan! Tapi, macam pernah nampak, di mana ya?) bisik Tengku Aiman. Tengku Aiman cuba mengecam wajah Syifa Mawaddah sekali lagi. Matanya beralih fokus kepada seseorang.

(Eh, Aizatul Fikriah?!)Dia terperanjat melihat gadis yang berada di tepi Syifa Mawaddah ialah Aizatul Fikriah, gadis pujaan hatinya.

(Alamak, mesti Aizatul Fikriah terkejut tengok aku naik motor dengan budak gila-gila macam Aidil ni. Mesti dia sangka aku tak thiqoh lagi. Ahh,..biarkan. Boleh blah lah Aizatul Fikriah dengan thiqoh kau tu kaulah wanita paling kejam. Bertahun-tahun kau buat jiwa aku terseksa!)

Aidil mencari tempat parking berhampiran dewan besar universiti. Kakinya pantas menyusun rentak ke dewan, diiringi oleh Tengku Aiman.`'Lawa si Syifa Mawaddah, kan?!''

`'Kau memang cari orang lawa je!''
`'Kau tahu ape! Syifa Mawaddah tu bukan saje lawa tapi baik, tau!''
`'Buktinya?' '
`'Ntah?! Aku tengok dia pandai bawa diri. Nampak terjaga''

`'Perasaan kau je tu!Aku rasa perempuan macam tu berpotensi besar buat jiwa kau terseksa,” Tengku Aiman belajar daripada pengalaman.
`'Orang tak de mak we cam tu lah! Mana kau tahu tengok perempuan,''
`'Kau jangan cabar aku, Aidil. Tengoklah nanti, dalam masa sesaat pun aku boleh cari mak we,''Pap! Satu tumbukan lembut singgah di bahu Aidil. Seorang gadis berwajah jelita, beraksi menggoda sedang menarik muka masam.`' Aidil nak nyorok dari Hafiza, ye?!'' marah gadis itu. Comel.

(Hafiza?! Gurlp!!)


Bersambung..jeng..jeng..jeng


Tuesday, December 9, 2008

1 Comment:

Evil Genius said...

Wei sambungan mana?